Politeknik Muadzam Shah (PMS) mengeratkan tali siraturrahim sesama warga dan jabatan serta agensi kerajaan yang berdekatan dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat PMS baru-baru ini. Sambutan ini dimeriahkan dengan kehadiran 300 orang tetamu yang berlangsungdi Dewan Seri Gading PMS.
Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan itu merupakan anjuran Kelab Kakitangan PMS. Sebanyak 7 gerai dengan pelbagai juadah bertemakan makanan tradisi Hari Raya serta kuih muih dihidangkan buat para tetamu yang hadir.
Menurut pengerusi kelab, Wan Muhammad Fadil, gerai-gerai yang disediakan menyajikan menu yang berbeza dan diterajui oleh pelbagai jabatan-jabatan yang ada di PMS. Setiap tahun sememangnya bagi setiap jabatan kita akan pasti berpeluang menyajikan menu yang berbeza dari tahun sebelumnya kerana di situ nanti kita akan dapat merasai keunikan rasa dan persembahan hiasan gerai yang mereka tonjolkan.
Saya melahirkan rasa bangga dengan inisiatif kakitangan setiap jabatan dan unit ini bertungkus lumus mneyediakan juadah, tapi turut mempersiapkan gerai mereka dengan hiasan yang menarik kerana kita turut mengadakan pertandingan gerai tercantik untuk gerai-gerai ini," katanya.
Antara juadah tradisi yang disediakan adalah lemang, ketupat, rendang, nasi dagang, roti jala, laksa dan mee kari. Menu istimewa yang mendapat sambutan ialah Nasi Minyak dan Sate.
Sementara itu, Pengarah PMS, Haji Hassan berkata, kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan dan warga PMS dalam sambutan hari ini amat membanggakan.
" Saya berpeluang untuk melawat setiap gerai yang terdapat disini dan amat memuji kesungguhan para kakitangan menjadikan majlis hari ini lebih bermakna."
![]() |
Gerai Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual |
![]() |
Gerai Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi |
Gerai Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Gerai dari Jabatan Pengajian Am